My NUFFNANG!!

About Me

Foto saya
"Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan, ada kalanya dia lebih mengerti."
Memaparkan catatan dengan label HoMe. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HoMe. Papar semua catatan

04 April 2013

OH MY....KITCHEN CABINET


ASSALAMMUALAIKUM SEMUA......

N3 Hari ini saya nak share pasal KABINET DAPUR. Kalau tengok kebelakangan ini ramai yang dah menitik beratkan pasal kekemasan di dapur. Bahan rujukan seperti di majalah juga dah banyak. Saya n en. suami juga tak terlepas la dari mencari bahan2 rujukan. Kami jadikan Majalah Dapur Impiana ini sebagai Master Reference....banyak tip2 dan gambar sebagai rujukan. Senang citer, majalah ini memang best la....







Antara tips yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan dapur ialah:

1) Keperluan;

Adakah kita memerlukan dapur basah dan dapur kering? Atau, memadai dengan satu dapur sahaja...SEBABNYA kita perlu tahu kerana ianya berkaitan dengan KOS.


Gambar contoh ini ada 2 jenis dapur: Basah & Kering.

2) Kekerapan;

Pemilihan Dapur juga berkaitan dengan kekerapan kita memasak? Adakah kita ni jenis yang rajin makan kedai atau Rajin Memasak (Setiap Hari)...SEBABNYA kita perlu tahu kerana ianya berkaitan dengan JENIS MATERIAL KABINET (tahan lasak/ tidak).

3) Keluasan Dapur;

Tak perlu berangan nak dapur sebijik yang macam dalam gambar kalau ianya tidak bersesuaian dengan keluasan dapur serta kegunaannya. Kadang-kala kita boleh tertipu dengan gambar...ia...tengok memang cantik tetapi tidak praktikal dengan keadaan rumah kita. Contoh; dalam gambar ada 'Counter Bar' tetapi ianya tidak praktikal nak digunakan pada rumah yang memiliki keluasan dapur yang minima.

4) Kos (Budget);

Alangkah indahnya jika kita dapat apa yang kita ingin miliki....tapi apakan daya...kos membataskan segala2nyer....dan kadang-kala kita kena ingat satu perkara; 'barang yang baik tak semestinya mahal, dan barang yang murah tak semestinya tak berkualiti'. Atas dasar itu kita berhak menentukan berapa budget yang nak diperuntukkan untuk dapur kita. Bukan apa...dalam banyak2 sudut dalam rumah, rasanya Dapur juga tak kurang hebat peranannya. Selain dari ruang tamu, tetamu yang datang juga gemar nak melihat dapur..betul tak? (bukan nak menunjuk2 ye....) Apa pun alasannya, pada saya dapur sangat memainkan peranan penting dalam menentukan 'keseronokan' kita mengendalikan dapur. 

# ape2 pun, tepuk dada tanya selera....ade duit...jalan...semua boleh jadi.


************
Jom intai2 kat kabinet kat rumah saya n en. suami....maaf le, ini jer budget yang ado....tetapi kami ade 2 pengalaman, kabinet bawah dengan orang lain...yang atas dengan orang lain....so saddd....huhuhu.....tapi bile kami bikin atas top kabinet ni, memang tip top nyer...yang bottom tu sebab first time wat, tersalah pilih....x per...next time, ade rezeki lebih nak tukar la...boleh ker!!??? (pening2....pening2...)










~SELAMAT MENJAMU MATA~

01 April 2013

IRON OH IRON....

ASSALAMMUALAIKUM...N SELAMAT PAGI SEMUA.....

Hari ini saya masih dalam mood MondaY BluEs...hehehehe...macam gedik jer bunyinyer...ala bukan ape pun biase ler bile hari isnin jer mula la sindrom malas tu nak merebak...especially bile sentuh bab2 nak meng'iron' baju2 kerja. Entah le nape sebut iron baju jer mula lah urat2 malas tu datang...TETAPI sekarang dah rajin sikit dah...tinggal urus masa jer nak meng iron baju.....nak tau kenapa tetiba jer rajin????.....

En. SuaMi dah belikan saya VERTICAL STEAM IRON ~ HAHAHAHAHAHA~ Ape ke benda tu? Ala....iron yang macam kat kedai2 baju tu...sambil layan customer pun blh iron baju....hehehehe...macam tak percaye plak....lepas ni boleh la layan tv sambil iron baju..


Ini le rupanyer iron yang aku cakap tu....ala conpom korang biase tgk nyer....



kalau dulu cenggini la nasib ku...huhuhuhu


yang lama tetap x ku lupakan...
cuma macam lambat skit nak kerjanya...compare dengan
vertical steam iron...kerja lebih cepat.


apa2 pun nak ucap thanks to my lovely en. suami...coz memahami isterimu ini kekurangan masa nak meng iron baju2 kerja mu...TETAPI dengan adenyer iron baru ini nampaknyer aku lebih bersemangat skit....tengok baju2 dah siap iron lega rasanye...




25 Mac 2013

Sejarah Rumah Kami

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA SEMUA....

Hari ini saya bercuti...pergi mana??? x ke mana2 pun..saje jer nak temankan en. suami time2 school holiday ni....(baik x saya....perasan!!!!)

Tengah2 membelek2 lappy en. suami ni saya terjumpa bahan bukti 'Sejarah Rumah Kami'. Ha...bunyi jer dah penting....kan...kan...kan....

Nama pun dah sejarah...kat sini saya nak share gambar=bukti 'asal usul Rumah Kami'

^^

^^

^^

tada........

  • Ini lah wajah sebenar rumah kami yang masih dara gitu....hehehehehe




  • Rumah dari pandangan hadapan......tengok terus suka....ciri2 yang ade menepati citarasa kami...
  • rumah ini bukan corner lot tapi n lot...yang mempunyai keluasan yang terbesar di taman ini satu2 nye. 
  • Jarak rumah yang tidak jauh dari jalan besar 5 min jer dah sampai kedai, urusan2 rasmi kerajaan sebelah rumah jer...jalan kaki dah sampai, menguatkan lagi pilihan kami. 
  • Lebih bagus lagi bile kami beli rumah ini tanpa perlu mengunggu rumah ini disiapkan tetapi kami beli rumah terus boleh pindah.  Sebarang masalah ditipu pemaju tidak timbul lagi.




































































 
  • Ha...inilah wajah orang yang bertanggungjawab merasmikan pembukaan pintu rumah....ingat lagi time tu, balik dari kerja en. suami membawa aku untuk menunjukkan rumah itu sah milik kami setelah mendapat kunci rumah....
  • Perasaan time tu jangan di tanya...terasa macam mimpi jer....ialah selama ini duduk menyewa...dah banyak kali berpindah randah dan sekarang aku bersyukur sangat2 sebab telah memiliki rumah sendiri....biar kecik asal ade tempat berteduh.
 ^^

^^

^^

selepas mendapat kunci, kami terus memulakan kerja2 renovation skit sebelum pindah masuk ke rumah....jom layan gambar2 yang ado ni....

^^

^^


  • Rumah yang dalam pembinaan....sedikit tambahan pot dapur, parking keta.....mozek 1 rumah dan cat 1 rumah.....yg lain2 kekal....

  • Ini pandangan hadapan rumah yang masih dalam pembinaan....




  • kerja2 mengecat dalam rumah....(mesti korang tgk, eh xde color ape pun...hihihi...warna rumah kami dalaman putih uols....tetapi setiap bilik color lain2...hehehehe) dan kerja2 pendawaian letrik tuk lampu dan kipas....


  • Bilik Tidur 1 ~HIJAU

  • Bilik Tidur 2~UNGU (Romantis gitu...)


  • Ha...ini ruang dapur kami yang baru...baru la selesa sikit...


Walaubagaimana pun...ini semua kenangan, kami dah beraya dua kali kat rumah baru ini....sekarang dah boleh lena tidur, dah tak payah pikir, nak menyewa kat mana plak........lagi satu, selagi sihat dan muda, baik bersiap sedia beli rumah sebab harga rumah sekarang melambung mahal bukan main lagi....sediakan payung sebelum hujan.




~sekian, terima kasih~






19 Mac 2013

CeKoDoK CiNCaNG


ASSALAMMULAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA 

N3 Kali ini nak kongsi 1 pengalaman baru wat diri saya. Pertama kali mendengar orang buat cekodok pisang tak payah lenyek / blend pisang tu....TETAPI......DICINCANG2 kasar jer...cepat dan mudah. Info ini saya dapat dari en. suami....kat tempat dia ngajar tu ade wat potluck...dan adelah seorang cikgu otai ni bawak cekodok pisang...dan uniknyer...bila makan bukan seperti cekodok pisang biasa...rasanye lebih tebal rasa pisangnya. Bile cikgu otai tu story camne nak wat cekodok pisang yang sedap, dia kata....x payah leyek...cincang sahaja dah mencukupi....baru terasa pisang tu...Sesiapa yang ada kesempatan boleh lah mencuba ye...

Bahan2 nak wat cekodok tetap sama....cuma lagi power kalau ada kelapa parut sikit...baru terasa lemak2 dia....okey...Selamat Mencuba.



Hasil cubaan pertama....hehehehe....layannnn...emmm sedap

18 Mac 2013

Rumpai Laut Kolegen

Assalammualaikum 

Hari ini saya nak kongsi cerita tentang RUMPAI LAUT KOLEGEN dari Sabah ni. Sebenarnya, saya ni bukan jenis yang suka2 @ mudah percaya dengan produk2 kecantikan/ kesihatan ini pun TETAPI setelah mendengar tentang khasiat serta kelebihan RUMPAI LAUT KOLEGEN ini dan hasil testimoni dari kenalan semua mengatakan bagus...saya pun beli jugak Rumpai Laut tu. 


Ha....ape lagi, moh le kita tinjau sekitar aktiviti merebus/memasak Rumpai Laut yang saya wat. 

Ini dia rumpai laut yang telah dikeringkan. Terdapat 2 jenis gred ye...op coz la yang warna dark purple tu yang paling bagus khasiatnya.


Rumpai laut yang kering hendaklah direndam, macam yang saya  buat, saya rendam semalaman. Tetapi sebelum itu, rumpai laut tu kena cuci bersih2...macam cuci beras.


Ha...ini lah rumpai yang tengah direbus. Bagi mengelakkan bau, better letak daun pandan kasi wangi skit....hehehehe


Hahahaha....ini lah hasil rebusan tadi. Sukatan air rebusan untuk 100gm 2.5 liter. Lepas direbus hendaklah ditapis dahulu......hasil tapisan (gel yang kasar) itu boleh di wat masker, airnyer boleh wat minum

TAK PERCAYA???? SILA BACA ENTRY DI BAWAH:




Kebaikan Kolagen Asli

  • Menyeimbangkan BERAT BADAN dan HORMON, peningkatan PAYUDARA
  • Anti-bakteria, membuang TOKSIN
  • Menghilangkan SEMBELIT
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi dan hypotension
  • MENCANTIKKAN KULIT, MELICIN dan MENEGANGKAN kulit serta PAYUDARA (anti penuaan)
  • Memulihara sel-sel kulit mati (JERAWAT)
  • Menormalkan fungsi kelenjar tiroid
  • Memperbaiki masalah KULIT dan RAMBUT, mengurangkan KEDUTAN, TEMPAT HITAM, SELULIT DAN JERAWAT
  • Membantu meningkatkan METABOLISME
  • Meningkatkan fungsi stomatch
  • Membantu menghapuskan nefritis, Artritis, basal
  • Menguatkan saluran darah, meningkatkan penyakit sendi, kecacatan kolagen, darah badan dan purpura haemorrhagica
  • Meningkatkan PEREDARAN DARAH, dingin dan mencegah sakit bahu
  • Berkesan bagi orang-orang yang telah sarcoma atau TUMOR
  • SLIM UP abdomen dan PUNGGUNG anda, melembutkan kulit dan mengurangkan sakit pinggang
  • Mencegah ANEMIA
  • Mengisi rawan antara sendi, menguatkan tulang, sinews dan ligamen serta lebih rendah sakit belakang dan sebagainya



~ SELAMAT MENCUBA~


22 Februari 2012

Perabot & Pinggan Mangkuk Antik @ Lama


 

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera, hari ni saya nak kongsi satu hobi baru iaitu Mengumpul Almari & Pinggan Mangkuk Lama...(antik)

 

Buat masa ini, pinggan mangkuk yang ada tu tak le banyak mana, cuma boleh ler....maklumlah baru diperingkat permulaan....baru berjinak-jinak. 

Kami nak berterima kasih juga pada Mak n Ayah Klang yang sudi memberi keizinan kepada kami dengan menghadiahi Almari Antik lama peninggalan arwah Nenek.  So far, almari tu masih belum di make over lagi...maklumlah kekangan masa yang terhad. Sabar2x......banyak proses yang nak di buatnya...barang lama, banyak yang nak kena betul.

  • Buat para kenalan sekelian, jika ada sesiapa lah kan...yang kat rumah tu ada gobok, gerobok ker atau almari lama yang dah tak nak pakai lagi@rosak sila2 la maklum kat kami ni ye....mana tau ada rezeki kami. 
  • Semoga sokongan dari kawan-kawan dapat menyuntik lagi semangat kami yang tengah berkobar-kobar.

HaPPy ToGeTHeR

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ANNIVERSARY PERKAHWINAN

~26 Mei 2007 ~

KiSAH KAMi

Tanggal 26 Mei merupakan tarikh paling istimewa, termeteri ikatan Qaseh 2 hamba Allah yang telah disatukan..Alhamdulillah. Seperti baru berlaku sebentar tadi, memori pada tanggal ini seperti tidak bisa luput dalam ingatan,dengan sekali lafaz, Allah telah mengizinkan agar segala yang dirancang dapat dilaksanakan. Dengan harapan setinggi bintang di langit, agar Qaseh ini terus segar dengan izin dari Nya,AMIN. Bermulalah episod Qaseh RAFIE-JUE.

SaYa FoLLoW BloG iNi...

  • New Start - Assalamualaikum Alhamdulillah... April telah muncul... Pejam celik pejam celik dah berlalu 3 bulan tahun 2019 ni... Sekejap jer masa berlalu kan... Apr...
    7 tahun yang lalu
  • SaLaM RaMaDHaN - *Salam............* *Alhamdulillah syukur.........bertemu lagi kite pada bulan ramadhan yg mulia ini...syukur sangat...Now dah ramadhan yg ke 19....ng...
    9 tahun yang lalu
  • update sikit..asal ada - Assalammualaikum.. Bukan main lama lg baru nak update blog..ntah nape dah malas nak hadap benda alah ni hhhhaaa.. Nak citer pasal raya pun takde mood....
    10 tahun yang lalu
  • Semoga Damai Di SANA.... Al Fatihah... - INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAJI'UN.... 14 haribulan april 2015, waktu seperti ini 14 hari yang lalu, ayahanda yang kami cintai telah kembali ke pangkuan...
    11 tahun yang lalu
  • Mi Udon Sizzling - Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, maaf ya ros ambil masa nak taip resepi mi udon sizzling ni, sebabnya byk hal yang perlu ros uruskan awal min...
    12 tahun yang lalu
  • - *Makkah, kami datang* Sekitar jam 11 malam kami tiba di Mekah. Menara jam besar telah kelihatan dari jarak beberapa kilometer lagi. Sayangnya tiada mutawi...
    12 tahun yang lalu
  • TEMPAHAN SET MAKAN PENGANTIN ~22 MAC 2014 - Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Alhamdulillah syukor hari ini tanggungjawab seperti biasa menyiapkan tempahan makan pengantin dan ukiran buah. Lo...
    12 tahun yang lalu
  • Kisah Hani Kat Wad... - Assalamualaikum... Syukur alhamdulillah...hani dah discharge...yeayy....!!! Seronok betul hani bile doktor kata dah boleh balik....mane taknye 4 ari berkam...
    12 tahun yang lalu
  • Sinopsis - Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-...
    16 tahun yang lalu

Aku MeNuLiS