My NUFFNANG!!

About Me

Foto saya
"Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan, ada kalanya dia lebih mengerti."

19 Februari 2014

Lagu Dialah Wanita - Deen Asimi


Errrmmmm....suka sangat2 lagu ini....kenapa??? Jangan tanya...saya suka lagu ini tanpa sebab...maybe liriknya...maybe lagunya yang easy listening...entahlah...tapi buat pertama kali mendengar lagu ini dah buat hati ni keluar rama2 bernyanyi riang....so, layan aje la ye.

02 Februari 2014

Fraser HiLL We Come!!!

Sabtu - 1 Februari 2014

Percutian yang tidak dirancang bersama kenalan ALZA CLUB ke Bukit Fraser....sempena cuti Tahun Baru Cina.  3 buah kereta Alza berkonvoi bermula dari Kuala Selangor. Eh...kenapa 3 jew?? Jawapan paling cantek, ahli lain semua dah balik kampung....holiday. Perjalanan mengambil masa 2 jam. Seronok kerana sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan pemandangan kehijauan alam. 

Tepat jam 11.30 pagi kami sampai ke puncak Bukit Fraser. Sebelum memulakan sesi bersantai, kami sempat singgah menjenguk Pak Ngah...Alhamdulillah, Pak Ngah nampak sihat. Kami juga meminta agar Pak Ngah jadi 'tourist guide' kami sepanjang di Bukit Fraser ini.  Memandangkan perjalanan yang jauh...perut pun dah mula nak bernyanyi kami sepakat tuk makan dulu...Pak Ngah pun tolong kami cari pot tuk lunch. Makanan kami bawa secara potluck. Kami sediakan lauk-pauk, Tn. DL Syahrul Nizam and family bawa nasi dan King Asrol and family bawa air, buah2an. Best jugak bile sesekali berpicnik di tempat sejuk ni...


Perut pun dah kenyang, ape lagi....posing time ler. Cer tengok en. suami masing2 dok sibuk post ala model tak dibayar...kahkahkahkah...dengki la tu tengok isteri2 post cumil2 gitu. Tak caya boleh layan gambar kat bawah ni.







 


Posing pun sudah...kami bergerak ke The Paddock (ala....tempat kuda). Kat sini sesiapa nak naik boleh...tapi dikenakan sedikit caj. Malangnya....kami yang ada ni semua tak nak naik kuda...just tengok aje la.








After sesi tengok kuda, kami bergerak ke tasik pulak....ape ye namanya...lupa lak. Tak pe la layan gambar kawasan sekitar dan aktiviti kami kat sana ye. Hah...dah ingat nama tempat ni, Allan's Water.


Okey...ni la family tn. DL KS Crew
Kat tasik ni kita boleh beli makanan ikan berharga RM1 yang dijual tuk bagi ikan2 kat tasik ni makan....besar and gemuk2 ikan ni. 


~Kami~

Selain bagi ikan makan, kat tasik ni kami teruskan aktiviti mengayuh paddle boat. Lama betul tak naik paddle boat ni. Nerbes gak time nak naik mula2...hahahahaha




Family King Asrol
Secara jujurnya...aktiviti kami ini dipantau sepenuhnya oleh Tn. Syahrul sefamily dan Pak Ngah....hehehehehe Mekacih la ye.


Next station, kebun sayur + bunga. Kawasan ini seperti tapak yang ditinggalkan tetapi baru hendak dipulihkan semula.(faham x ape yang aku cuba sampaikan!!??) Haaaa....macam hidup segan gitu.







Dalam gitu2 tempatnya, kami sempat borong bunga tuk taman rumah kami...tak banyak yang dibeli...sepasang pokok pakis jew. Tn DL Syahrul pun ade membeli jugak...tapi tak tau ler berapa lama boleh tahan pokok tu...harap2 panjang umur la kan. Wokey...next station, kami ke main Bukit Fraser...ha...yang ada jam kat tengah2 jalan tu. Lepak2 kat situ sambil tengok bangunan lama disekitar kawasan. Jom layan gambar2 yang ade.











Sebelum balik, kami posing dulu kat tempat wajib bila sampai ke Fraser Hill ni....terima kasih nak ucap kat Pak Ngah kerana sudi menemani kami. In Shaa Allah panjang umur kita jumpa lagi.


Finally, bukti kami dah sampai ke Bukit Fraser
 Dari Fraser Hill, kami melalui jalan ke Bentong pulak....nama pun nak jalan2 kan. Kami pun tak pernah sampai ke Bentong...so terjah aje lah...ape ada hal. Sepanjang perjalanan tu Tn. DL Syahrul cadangkan kami singgah ke Hutan Lipur Chamang. Memang cantik tempat tu. Kami sampai dalam pukul 6 petang. Berhenti rehat dan makan dahulu...lapar menyerang selepas turun dari tempat sejuklah katakan.....Jom layan gambar yang sempat kami ambil.


Ada tapak perkhemahan ....best...best...best


Kat sini, ada disediakan jambatan gantung khas tuk ke seberang. Errmmm,jaga2 jangan teruja sampai abaikan amaran papan tanda ini dah la ye. Memandangkan aku ni agak gayat dengan ketinggian, memang tak sampai hujung la...baru suku jew dah patah balik...tak sanggup den!!!






Amacam...nampak takut tak!!???




Finally, perut pun dah kenyang, kami pun berangkat pulang ke destinasi masing2. In Shaa Allah, ada rezeki kita jalan lagi sama2 ye....dengan rakan2 Alza Club yang lain.

# Terima kasih pada yang sudi baca entry kali ini yang panjang berjela2.




HaPPy ToGeTHeR

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ANNIVERSARY PERKAHWINAN

~26 Mei 2007 ~

KiSAH KAMi

Tanggal 26 Mei merupakan tarikh paling istimewa, termeteri ikatan Qaseh 2 hamba Allah yang telah disatukan..Alhamdulillah. Seperti baru berlaku sebentar tadi, memori pada tanggal ini seperti tidak bisa luput dalam ingatan,dengan sekali lafaz, Allah telah mengizinkan agar segala yang dirancang dapat dilaksanakan. Dengan harapan setinggi bintang di langit, agar Qaseh ini terus segar dengan izin dari Nya,AMIN. Bermulalah episod Qaseh RAFIE-JUE.

SaYa FoLLoW BloG iNi...

Aku MeNuLiS