My NUFFNANG!!

About Me

Foto saya
"Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan, ada kalanya dia lebih mengerti."

24 April 2012

LaMaN RuMaH ~ PaRt 1

Assalammualaikum semua blogger, hari ni saya nak kongsi citer pasal laman rumah. Bukan nak bermegah2 @ menunjuk2 cuma ingin berkongsi pengalaman. Kita selalu melihat di taman2 perumahan mahupun apa jua jenis rumah yang memiliki laman yang cantik, tanaman yang menghijau dan berbunga, hati pasti berkata alangkah indahnya jika kita jua memiliki tanaman  serta laman yang begitu. Begitulah perasaan kami. Rupa2nya, nak mendapatkan sebuah laman serta tanaman yang menarik bukan mudah.


Peringkat Pertama 


1) KARPET TERPAKAI + BATU2 BESAR = TANAH RATA 
Mula2 kami bersihkan kawasan rumah, buang semua batu2 yang besar, pastu buang rumput2 liar. Kemudian, kami cari karpet2 lama dan wat cover tutup bumi. Tujuan untuk menghalang daripada rumput tumbuh. Jom layan gambar2


~ Ha, inilah keadaan asal rumah kami.......emm bukan apa, dahulu baru2 pindah, rajin gak nak meracun, tapi hasilnya bukan makin mati, makin gemuk adalah rumput2 liar tu ~



Antara hasil tanaman yang baru di beli.




 Gambar di atas adalah dari pandangan tepi rumah.


 Gambar dari pandangan belakang rumah.


Kesemua hasil tanaman.


~To Be Continue~

05 April 2012

Tempayan Oh Tempayan

As Salam Semua, kami nak kongsi satu pengalaman yang berlaku bulan lepas....oppss, memang la macam citer dah basi, tapi kira okey apa sharing kan caring...(apalah bahasa yang aku guna ni)

Pada satu hari, (aku tak ingat hari apa) en. suami ni p le meronda2 di sekitar Sg. Besar, nak dijadikan cerita, tetiba en. suami ternampak di sebuah rumah tu ada 3 buah tempayan yang agak besar. Dengan selamba, en. suami pun memberanikan diri bertanya kepada cikgu pencen tu, kalau2 tempayan tu masih digunakan lagi @ tidak. Memang nak dijadikan rezeki kami, Cikgu Pencen tu telah memberikan tempayan tersebut. "Nak, ambil la tempayan ni, jaga la elok2, ni warisan dari ibu saya...anak2 saya semua tak minat". 
~ Terharu sungguh aku mendengarnya, bila en. suami story kat saya~

Buat Cikgu Pencen tersebut dan isteri, saya mengucapkan berbanyak2 terima kasih la ye di atas pemberian yang sangat bermakna. Memang kami berhasrat nak mencari tempayan lama tuk menghiasi laman rumah kami....ternyata Allah memakbulkan permintaan kami...Syukur...Amin. Berkat usaha dan kerja keras ternyata berbaloi....tempayan oh tempayan...kini kau kami jadikan tempat tadahan air hujan tuk menyirami pokok2 di laman rumah kami....berjasa kau tempayan...Terima kasih kami kat Cikgu Pencen.


Ha...uol tengok la begini la rupanya cara2 mengangkut tempayan...berat betul, kata en. suami, cikgu pencen tu pun tolong....huhuhu.



* tapi kami tak le amik semua tempayan yang ado, satu pun dah mencukupi...



HaPPy ToGeTHeR

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ANNIVERSARY PERKAHWINAN

~26 Mei 2007 ~

KiSAH KAMi

Tanggal 26 Mei merupakan tarikh paling istimewa, termeteri ikatan Qaseh 2 hamba Allah yang telah disatukan..Alhamdulillah. Seperti baru berlaku sebentar tadi, memori pada tanggal ini seperti tidak bisa luput dalam ingatan,dengan sekali lafaz, Allah telah mengizinkan agar segala yang dirancang dapat dilaksanakan. Dengan harapan setinggi bintang di langit, agar Qaseh ini terus segar dengan izin dari Nya,AMIN. Bermulalah episod Qaseh RAFIE-JUE.

SaYa FoLLoW BloG iNi...

Aku MeNuLiS

Google+ Followers