My NUFFNANG!!

About Me

Foto saya
"Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan, ada kalanya dia lebih mengerti."
Memaparkan catatan dengan label LaMaN CaNTiK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LaMaN CaNTiK. Papar semua catatan

25 Mac 2013

Sejarah Rumah Kami

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA SEMUA....

Hari ini saya bercuti...pergi mana??? x ke mana2 pun..saje jer nak temankan en. suami time2 school holiday ni....(baik x saya....perasan!!!!)

Tengah2 membelek2 lappy en. suami ni saya terjumpa bahan bukti 'Sejarah Rumah Kami'. Ha...bunyi jer dah penting....kan...kan...kan....

Nama pun dah sejarah...kat sini saya nak share gambar=bukti 'asal usul Rumah Kami'

^^

^^

^^

tada........

  • Ini lah wajah sebenar rumah kami yang masih dara gitu....hehehehehe




  • Rumah dari pandangan hadapan......tengok terus suka....ciri2 yang ade menepati citarasa kami...
  • rumah ini bukan corner lot tapi n lot...yang mempunyai keluasan yang terbesar di taman ini satu2 nye. 
  • Jarak rumah yang tidak jauh dari jalan besar 5 min jer dah sampai kedai, urusan2 rasmi kerajaan sebelah rumah jer...jalan kaki dah sampai, menguatkan lagi pilihan kami. 
  • Lebih bagus lagi bile kami beli rumah ini tanpa perlu mengunggu rumah ini disiapkan tetapi kami beli rumah terus boleh pindah.  Sebarang masalah ditipu pemaju tidak timbul lagi.




































































 
  • Ha...inilah wajah orang yang bertanggungjawab merasmikan pembukaan pintu rumah....ingat lagi time tu, balik dari kerja en. suami membawa aku untuk menunjukkan rumah itu sah milik kami setelah mendapat kunci rumah....
  • Perasaan time tu jangan di tanya...terasa macam mimpi jer....ialah selama ini duduk menyewa...dah banyak kali berpindah randah dan sekarang aku bersyukur sangat2 sebab telah memiliki rumah sendiri....biar kecik asal ade tempat berteduh.
 ^^

^^

^^

selepas mendapat kunci, kami terus memulakan kerja2 renovation skit sebelum pindah masuk ke rumah....jom layan gambar2 yang ado ni....

^^

^^


  • Rumah yang dalam pembinaan....sedikit tambahan pot dapur, parking keta.....mozek 1 rumah dan cat 1 rumah.....yg lain2 kekal....

  • Ini pandangan hadapan rumah yang masih dalam pembinaan....




  • kerja2 mengecat dalam rumah....(mesti korang tgk, eh xde color ape pun...hihihi...warna rumah kami dalaman putih uols....tetapi setiap bilik color lain2...hehehehe) dan kerja2 pendawaian letrik tuk lampu dan kipas....


  • Bilik Tidur 1 ~HIJAU

  • Bilik Tidur 2~UNGU (Romantis gitu...)


  • Ha...ini ruang dapur kami yang baru...baru la selesa sikit...


Walaubagaimana pun...ini semua kenangan, kami dah beraya dua kali kat rumah baru ini....sekarang dah boleh lena tidur, dah tak payah pikir, nak menyewa kat mana plak........lagi satu, selagi sihat dan muda, baik bersiap sedia beli rumah sebab harga rumah sekarang melambung mahal bukan main lagi....sediakan payung sebelum hujan.




~sekian, terima kasih~






16 Mei 2012

LaMaN RuMaH ~ PaRt 2


1) Modal
Bila kita dah cukup modal, seelok2nya kita buat la pagar rumah dahulu, bukan apa, selain daripada untuk keselamatan, kita lebih privasi apabila melakukan apa2 aktiviti di kawasan rumah. Saya juga berpendapat, bila kawasan rumah telah siap berpagar, barulah kawasan rumah itu kelihatan cantik bila kita menanam rumput karpet.


Para pekerja sedang mendirikan tembok pagar.



Pandangan dari dalam rumah....tembok yang telah siap.


Pandangan hadapan rumah...huhuhu tgk la keadaan asal pagar x siap tu...
(modal x de) ;(


Pandangan tepi: tembok pagar yang telah siap....

Pandangan dari belakang, tepi rumah...pagar tambahan...(kecemasan) amacam? blh x alasan tu..hehehehhe






Bahagian luar pagar rumah....cadangan untuk menanam beberapa jenis tanaman.

Hasil setelah siap di tanam...tapi pokok yang kat tengah tu macam  x kena, nak ditanam kat bawah, takut x boleh mengawal tumbesarannya.(terlebih besar)



D.I.Y = Hasil tangan ku...cubaan menanam pokok, gabungan 2 jenis tanaman.

tadaaa...ha, ini la hasilnya....nanti bila pokok ni dah besar, cantik lagi tertarik, saya upload lagi gambar ye...!!

Lihat hasil dari menutup tanah dengan carpet, tanah yang asalnya dipenuhi dengan lalang, telah mati, dan permukaan tanah menjadi rata...memudahkan kami untuk meratakan pasir sebelum menanam rumput.



Ha..ni ler en. suami merangkap tukang kebun...hehehehe. (gurau aje ye bang) Pokok ni kami beli di Sg. Buluh...cantikkan? Pokok asal pemberian ibu mertuaku ada, tapi lambat sangat nak tumbuh bunga merah tu, jadi kami pun terus beli yang dah siap...hehehehe

Aik, sempat lagi nak pose...tapi tengok muka pun dah tau...letih mengerjakan batu2
yang berada dalam tanah.




Kesimpulannya, ada modal semua boleh buat...sebenarnya banyak lagi kerja2 menaiktaraf kawasan laman ini yang sedang dirancang...apa2 pun kita sambung kemudian dalam blog yang akan datang....to be continue.

24 April 2012

LaMaN RuMaH ~ PaRt 1

Assalammualaikum semua blogger, hari ni saya nak kongsi citer pasal laman rumah. Bukan nak bermegah2 @ menunjuk2 cuma ingin berkongsi pengalaman. Kita selalu melihat di taman2 perumahan mahupun apa jua jenis rumah yang memiliki laman yang cantik, tanaman yang menghijau dan berbunga, hati pasti berkata alangkah indahnya jika kita jua memiliki tanaman  serta laman yang begitu. Begitulah perasaan kami. Rupa2nya, nak mendapatkan sebuah laman serta tanaman yang menarik bukan mudah.


Peringkat Pertama 


1) KARPET TERPAKAI + BATU2 BESAR = TANAH RATA 
Mula2 kami bersihkan kawasan rumah, buang semua batu2 yang besar, pastu buang rumput2 liar. Kemudian, kami cari karpet2 lama dan wat cover tutup bumi. Tujuan untuk menghalang daripada rumput tumbuh. Jom layan gambar2


~ Ha, inilah keadaan asal rumah kami.......emm bukan apa, dahulu baru2 pindah, rajin gak nak meracun, tapi hasilnya bukan makin mati, makin gemuk adalah rumput2 liar tu ~



Antara hasil tanaman yang baru di beli.




 Gambar di atas adalah dari pandangan tepi rumah.


 Gambar dari pandangan belakang rumah.


Kesemua hasil tanaman.


~To Be Continue~

05 April 2012

Tempayan Oh Tempayan

As Salam Semua, kami nak kongsi satu pengalaman yang berlaku bulan lepas....oppss, memang la macam citer dah basi, tapi kira okey apa sharing kan caring...(apalah bahasa yang aku guna ni)

Pada satu hari, (aku tak ingat hari apa) en. suami ni p le meronda2 di sekitar Sg. Besar, nak dijadikan cerita, tetiba en. suami ternampak di sebuah rumah tu ada 3 buah tempayan yang agak besar. Dengan selamba, en. suami pun memberanikan diri bertanya kepada cikgu pencen tu, kalau2 tempayan tu masih digunakan lagi @ tidak. Memang nak dijadikan rezeki kami, Cikgu Pencen tu telah memberikan tempayan tersebut. "Nak, ambil la tempayan ni, jaga la elok2, ni warisan dari ibu saya...anak2 saya semua tak minat". 
~ Terharu sungguh aku mendengarnya, bila en. suami story kat saya~

Buat Cikgu Pencen tersebut dan isteri, saya mengucapkan berbanyak2 terima kasih la ye di atas pemberian yang sangat bermakna. Memang kami berhasrat nak mencari tempayan lama tuk menghiasi laman rumah kami....ternyata Allah memakbulkan permintaan kami...Syukur...Amin. Berkat usaha dan kerja keras ternyata berbaloi....tempayan oh tempayan...kini kau kami jadikan tempat tadahan air hujan tuk menyirami pokok2 di laman rumah kami....berjasa kau tempayan...Terima kasih kami kat Cikgu Pencen.


Ha...uol tengok la begini la rupanya cara2 mengangkut tempayan...berat betul, kata en. suami, cikgu pencen tu pun tolong....huhuhu.



* tapi kami tak le amik semua tempayan yang ado, satu pun dah mencukupi...



HaPPy ToGeTHeR

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ANNIVERSARY PERKAHWINAN

~26 Mei 2007 ~

KiSAH KAMi

Tanggal 26 Mei merupakan tarikh paling istimewa, termeteri ikatan Qaseh 2 hamba Allah yang telah disatukan..Alhamdulillah. Seperti baru berlaku sebentar tadi, memori pada tanggal ini seperti tidak bisa luput dalam ingatan,dengan sekali lafaz, Allah telah mengizinkan agar segala yang dirancang dapat dilaksanakan. Dengan harapan setinggi bintang di langit, agar Qaseh ini terus segar dengan izin dari Nya,AMIN. Bermulalah episod Qaseh RAFIE-JUE.

SaYa FoLLoW BloG iNi...

  • New Start - Assalamualaikum Alhamdulillah... April telah muncul... Pejam celik pejam celik dah berlalu 3 bulan tahun 2019 ni... Sekejap jer masa berlalu kan... Apr...
    7 tahun yang lalu
  • SaLaM RaMaDHaN - *Salam............* *Alhamdulillah syukur.........bertemu lagi kite pada bulan ramadhan yg mulia ini...syukur sangat...Now dah ramadhan yg ke 19....ng...
    9 tahun yang lalu
  • update sikit..asal ada - Assalammualaikum.. Bukan main lama lg baru nak update blog..ntah nape dah malas nak hadap benda alah ni hhhhaaa.. Nak citer pasal raya pun takde mood....
    10 tahun yang lalu
  • Semoga Damai Di SANA.... Al Fatihah... - INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAJI'UN.... 14 haribulan april 2015, waktu seperti ini 14 hari yang lalu, ayahanda yang kami cintai telah kembali ke pangkuan...
    11 tahun yang lalu
  • Mi Udon Sizzling - Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, maaf ya ros ambil masa nak taip resepi mi udon sizzling ni, sebabnya byk hal yang perlu ros uruskan awal min...
    12 tahun yang lalu
  • - *Makkah, kami datang* Sekitar jam 11 malam kami tiba di Mekah. Menara jam besar telah kelihatan dari jarak beberapa kilometer lagi. Sayangnya tiada mutawi...
    12 tahun yang lalu
  • TEMPAHAN SET MAKAN PENGANTIN ~22 MAC 2014 - Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Alhamdulillah syukor hari ini tanggungjawab seperti biasa menyiapkan tempahan makan pengantin dan ukiran buah. Lo...
    12 tahun yang lalu
  • Kisah Hani Kat Wad... - Assalamualaikum... Syukur alhamdulillah...hani dah discharge...yeayy....!!! Seronok betul hani bile doktor kata dah boleh balik....mane taknye 4 ari berkam...
    12 tahun yang lalu
  • Sinopsis - Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-...
    16 tahun yang lalu

Aku MeNuLiS