My NUFFNANG!!

About Me

Foto saya
"Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan, ada kalanya dia lebih mengerti."

21 September 2010

RaYa AidilFiTri 2010 / 1431Hijrah - PaRt 1

Alhamdulillah syukur ke hadrat Nya kerana diberi kesempatan menikmati hari raya bersama keluarga tercinta.  Walaubagaimanapun, nak cerita nie...alkisahnya kami sekeluarga terkena la virus 'sakit mata'.....hehehehe Adik ipar ku cakap tak pe, raya bergaya tahun nie...(ye la pakai cermin mata hitam beraya umah sedara mara).  Pagi raya tahun nie, kami tak ambil gambar keluarga coz kesian kat mak n adik yang dah terkena virus sakit mata....tapi pada insan2 yang belum terkena sindrom sakit mata tu, sempat ler berposing sikit2...hihihihi.



Bergambar di pagi raya....Aidilfitri 2010/1431Hijrah.



Lagi aksi di pagi raya.....with love.



Aksi anak buahku Mohd Kamil Haikal....first time raya pakai songkok...hehehe.




Haikal dengan aksinyer....'goood'.




Pak Ngah dengan Haikal....




Mak Ngah dengan Haikal.....




Haikal dengan Mama nyer




Aksi anak buah ku Ain dengan angpaunyer...wang besar2x.

Selepas solat Jumaat, rumah mak ku di K. Selangor telah 'diserbu' oleh adik-beradik ayahku....fuhhh, meriah gitu..Makanan yang dimasak oleh mak pun habis licin.....biskut2 raya pun sampai kosong la balang kuih tue diwatnya.....hehehehehe Apa2pun Selamat Hari Raya wat semua mak2 sedara, sepupu2 dan anak2 buah.


Dari Kiri: mak, Achik Liza, Wan, Mak Lang Eton, yang berdiri tu Untie Lela, ayah n lastly Uteh Lita (stay @ Singapore)



Bergambar dengan keluarga Mak Unggal (adik ayah) dua dari kanan...tudung hitam.

Petang raya saya dan suami pulang beraya ke rumah Mak (suami) di Klang. Sampai jer di rumah semua saudara mara, sepupu dan anak saudara sudah berkumpul.  Sempat jugak ler kami snap a few foto wat kenangan...hehehehe.


Antara tetamu yang hadir....


Bacaan doa oleh adik iparku..Fadzli..sebelum acara memotong kek sempena besday sepupu (anak Mak Andak).



Kek hasil air tangan Siti..yang di buat khusus untuk besday girl.


Sebelah malam pulak, mak, ayah, adikku serta anak buahku telah berkunjung ke rumah ibu mertuaku di Klang. Sambil makan2, borak2...layan si Haikal....ala kunjungan setahun sekali.

Gambar di atas nie time kunjungan family ku ke rumah besan @ Klang.

Raya Kedua

@Klang- Alhamdulillah masuk hari raya ke 2 barulah aku n suami berkesempatan untuk berhari raya dengan mak n ayah....almaklumlah...semalam terlalu ramai sangat tetamu...kami sekeluarga keletihan.  Pagi2 raya kedua, sebelum kami road tour balik kampung sebelah ayah di Kuala Selangor...kami bermaaf2an...Selamat Hari Raya mak, ayah semoga diampunkan segala dosa n halalkan makan minum kami selama ini....yea.

Mak n Ayah - @ Raya Kedua


Mohon ampun n maaf.
 Raya Ketiga 

 Kami balik ke Port Dickson, menziarah atuk saudara di sana.   Gambar2 x sempat nak ambil pun sebab mata ku dah mula nak bertukar warna ke merah2an....alamak, virus dah tersebar!!!????  ketidakselesaan waktu berkunjung membuatkan aku jadi pasif...badan lemah2, mata macam nk pejam jer....Sampai di rumah Klang, aku terus jew demam....n next day aku tidur jer 1 hari  tak keluar beraya pun...

Raya Keempat & Kelima

off day...demam n sakit mata....huhuhuhu...rugi cuti2 yang aku pohon ari tue...

Raya Keenam (15 September 2010)
Kami ramai2 pergi menziarah Pak Ngah sekeluarga di Fraser Hill, Pahang.  Kami adik beradik serta kedua2 orang tuaku....anak2 saudaraku dan yang penting kami bawa bersama ibubapa mertuaku serta adik ipar ku...mereka tidak pernah pun berkunjung ke Bukit Fraser ni....so first time ler....jalan yang bengkang-bengkok...wat pening kepala jew...aku pun dah pening2 lalat dah nie...hampir2 nk muntah walaupun ini bukan kali pertama aku ke sana..... 


Aksi spontan hubbyku waktu di Allan's Water Fraser's Hill.



@ The Paddock Fraser's Hill.



Amacam...ade gaya koboi tak!??



Gambar family tercinta....




Gambar kenangan Aidilfitri 2010 @ Fraser Hill



Aksi Pak Ngah n Haikal
 

Tiada ulasan:

HaPPy ToGeTHeR

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ANNIVERSARY PERKAHWINAN

~26 Mei 2007 ~

KiSAH KAMi

Tanggal 26 Mei merupakan tarikh paling istimewa, termeteri ikatan Qaseh 2 hamba Allah yang telah disatukan..Alhamdulillah. Seperti baru berlaku sebentar tadi, memori pada tanggal ini seperti tidak bisa luput dalam ingatan,dengan sekali lafaz, Allah telah mengizinkan agar segala yang dirancang dapat dilaksanakan. Dengan harapan setinggi bintang di langit, agar Qaseh ini terus segar dengan izin dari Nya,AMIN. Bermulalah episod Qaseh RAFIE-JUE.

SaYa FoLLoW BloG iNi...

  • New Start - Assalamualaikum Alhamdulillah... April telah muncul... Pejam celik pejam celik dah berlalu 3 bulan tahun 2019 ni... Sekejap jer masa berlalu kan... Apr...
    6 tahun yang lalu
  • SaLaM RaMaDHaN - *Salam............* *Alhamdulillah syukur.........bertemu lagi kite pada bulan ramadhan yg mulia ini...syukur sangat...Now dah ramadhan yg ke 19....ng...
    7 tahun yang lalu
  • update sikit..asal ada - Assalammualaikum.. Bukan main lama lg baru nak update blog..ntah nape dah malas nak hadap benda alah ni hhhhaaa.. Nak citer pasal raya pun takde mood....
    8 tahun yang lalu
  • Semoga Damai Di SANA.... Al Fatihah... - INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAJI'UN.... 14 haribulan april 2015, waktu seperti ini 14 hari yang lalu, ayahanda yang kami cintai telah kembali ke pangkuan...
    9 tahun yang lalu
  • Mi Udon Sizzling - Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, maaf ya ros ambil masa nak taip resepi mi udon sizzling ni, sebabnya byk hal yang perlu ros uruskan awal min...
    10 tahun yang lalu
  • - *Makkah, kami datang* Sekitar jam 11 malam kami tiba di Mekah. Menara jam besar telah kelihatan dari jarak beberapa kilometer lagi. Sayangnya tiada mutawi...
    10 tahun yang lalu
  • TEMPAHAN SET MAKAN PENGANTIN ~22 MAC 2014 - Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Alhamdulillah syukor hari ini tanggungjawab seperti biasa menyiapkan tempahan makan pengantin dan ukiran buah. Lok...
    11 tahun yang lalu
  • Kisah Hani Kat Wad... - Assalamualaikum... Syukur alhamdulillah...hani dah discharge...yeayy....!!! Seronok betul hani bile doktor kata dah boleh balik....mane taknye 4 ari berkam...
    11 tahun yang lalu
  • Sinopsis - Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-...
    14 tahun yang lalu

Aku MeNuLiS