My NUFFNANG!!

About Me

Foto saya
"Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan, ada kalanya dia lebih mengerti."

22 September 2010

JaMuAn AiDiLfiTri

Alhamdulillah raya datang lagi....hari ni aku n hubby ade ler buat jamuan sikit tuk kawan2 yang sudi hadir ke Teratak Kami @ Sg. Besar, Taman Perdana.  Majlis bermula selepas Maghrib.  Sebenarnya, kami memang tiada perancangan langsung nak wat orang kata 'OpEn HoUsE' ni... tah tetiba jer dapat call dari en. hubby yang kengkawan kat sekolah dia nak datang beraya.  Dengan sepantas kilat aku pun pergi ler menempah makanan kat SS Catering.  Menu...haha...jangan tak percaya, wat 1st time kami menggunakan khidmat catering.  

Kami order:

Nasi Impit & Rendang Ayam untuk 30 Pax


Rendang Ayam...fuhhh...nampak menyelerakan x?


Kari Ayam untuk 30 pax juga....buat cicah dengan Roti Jala.


Kuah Serawa Durian juga tuk 30 pax....tuk cicah Roti Jala jugak.


Roti Jala ala Pandan....hehehehe canggih x warna hijau;>???

Agar2 Gula Merah
 
Jadi, keseluruhan order makanan adalah tuk 60 pax.  Jumlah bayaran??? hehehehe kami macam tak percaya jer...murah n berbaloi2...baru RM120.00 jer.  Tak percaya kan!?

Tapi, pada tetamu2 yang awal hadir dapat ler merasa air tangan tuan rumah...Mee Goreng Udang Basah.  Terima kasih jugak ler kat en. Hubby yang sudi memasak tuk tetamu malam tadi....

Ha...ni ler dia hasil air tangan en. Hubby...'Mee Goreng Udang Basah'

*nampak berselera aje kan? saya pun dapat rasa sikit jer, tapi esoknyer en. Hubby masak lagi tuk isteri tercinta nyer nie...hehehehe

Buat teman2 yang sudi hadir pada malam tadi diucapkan ribuan terima kasih.  Pada teman2 yang tak 'terjemput' tue maaf ler...bukan tak nak jemput tapi keadaan rumah yang comel takut yang diundang tak selesa....lagipun kami buat pun dalam keadaan tergesa2. Apa2 pun Selamat Hari Raya buat semua.

Birthday Pictures, Images and Photos

Tiada ulasan:

HaPPy ToGeTHeR

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ANNIVERSARY PERKAHWINAN

~26 Mei 2007 ~

KiSAH KAMi

Tanggal 26 Mei merupakan tarikh paling istimewa, termeteri ikatan Qaseh 2 hamba Allah yang telah disatukan..Alhamdulillah. Seperti baru berlaku sebentar tadi, memori pada tanggal ini seperti tidak bisa luput dalam ingatan,dengan sekali lafaz, Allah telah mengizinkan agar segala yang dirancang dapat dilaksanakan. Dengan harapan setinggi bintang di langit, agar Qaseh ini terus segar dengan izin dari Nya,AMIN. Bermulalah episod Qaseh RAFIE-JUE.

SaYa FoLLoW BloG iNi...

Aku MeNuLiS