My NUFFNANG!!

About Me

Foto saya
"Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan, ada kalanya dia lebih mengerti."

22 September 2010

RaYa AidiLFitRi 2010/1431 Hijrah - PaRt 2

Sambungan lagi citer hari raya.....part 2 hehehehehe

Raya Ketujuh
Khamis 16 September 2010...tengahari kami balik semula ke rumah mak di K. Selangor...sambung beraya...Alhamdulillah jumpa lah kami dengan Pak Usu dari Muar Sekeluarga yang datang beraya....nampaknya anak2 sumer sihat....Mak Usu pun begitu jugak...tapi Pak Usu sekeluarga tidak tidur pun kat umah Kuala coz nak ke Bukit Fraser pulak...hehehehe...sebelum berangkat ke sana sempat lagi kami sekeluarga posing2....kenangan tue.
Zul & Haikal...amacam sama x?
Bergambar kenangan bersama keluarga Pak Usu (kiri sekali)
Raya Kelapan
Melaka....hoorraayyyy....trip ke Melaka pulak. Hari ini, kami, mak, ayah n haikal beraya ke Melaka rumah makcik (adik mak) Sg. Udang.  Kami sampai pada pukul 3.00 petang.  Sampai2 jer, kami makan2, pastu jalan2 ke Kamdar...byk betul offer kain2 yang murah, sangkut jugak ler...beli 3 pasang...hehehehehe.  Malam tue kami di bawa oleh Pakcik n Makcik ke Bandar Hilir, Melaka. Kami naik bot...tu yang best tue, first time malam2 n lihat sendiri tinggalan sejarah yang ada...tetiba jer ter'appriciate' plak.  Ape2 pun kita layan dulu beberapa gambar yang dah diambil nie....

Nie ler tiket nak naik bot...heheehe (Harga tiket untuk dewasa-RM10.00)
 

Jom singgah.....nikmati  sejarah


Posing dulu sebelum naik bot......

'smile'......singgah dulu kat Hentian Hang Jebat.

Tempat menunggu bot digantung bendera negara2 di dunia....tapi my hubby nie vote 4 japan.


Tengah menunggu - manalah bot nie....

Aksi dalam bot....best!!!!

Pemandangan belakang bangunan sepanjang perjalanan dalam bot...cantikkan?


Ada berani...jom naik?? 

Ha...lagi 1, sepanjang perjalanan dalam bot tu, kami disajikan dengan pemandangan rumah kampung di Kampung Morten...cantik2, comei betul rumah2 kat sini.

Meriah dengan tangga batu.....nice.

Wah..macam balik kampung beraya jew...best jugak pengalaman raya kali nie, walaupun si Haikal tu meragam.....


Bergambar di hadapan salah satu rumah di Kg. Morten.


Selesai jalan2 kat Kampung Morten nie...kami pun balik sebab si kecik nie meragam, keletihan seterusnya tidur.....letih agaknya.  

Raya Kesembilan

Hari ni kami nak berjalan2, nk bershopping skit kat Bandar Hilir....on d way ke sana kami singgah sekejap kat kg. pakcik, melihat lembu2 ternakannya....best jugak bile tengok kehidupan di kampung nie....tapi sempat  lagi ler ktorang bergambar kat kereta lembu nie...hehehehe....apa2pun jom layan gambar2 yang diambil sepanjang berada di Melaka....tp tak pe, ada rezeki nak datang lagi...banyak lagi tempat yang belum diteroka.  Buat makcik n pakcik sekeluarga terima kasih atas layanan yang diberi, lain kali kami datang lagi.
Dari kiri: ayah,haikal, mak & makcik @ Kereta Lembu Melaka.

kami @ Kereta Lembu Melaka


Pak Ngah with Haikal

@ Taming Sari...ingatkan nak naik...tapi si kecik Haikal tidur la pulak, x pe next time blh datang lagi...hehehehe

Selesai sudah perjalanan hari rayaku pada tahun ini...oppss, ada lagi, sabtu ni nak ke Pahang plak...x pe blh citer next story yea....

~TAMAT~

Tiada ulasan:

HaPPy ToGeTHeR

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ANNIVERSARY PERKAHWINAN

~26 Mei 2007 ~

KiSAH KAMi

Tanggal 26 Mei merupakan tarikh paling istimewa, termeteri ikatan Qaseh 2 hamba Allah yang telah disatukan..Alhamdulillah. Seperti baru berlaku sebentar tadi, memori pada tanggal ini seperti tidak bisa luput dalam ingatan,dengan sekali lafaz, Allah telah mengizinkan agar segala yang dirancang dapat dilaksanakan. Dengan harapan setinggi bintang di langit, agar Qaseh ini terus segar dengan izin dari Nya,AMIN. Bermulalah episod Qaseh RAFIE-JUE.

SaYa FoLLoW BloG iNi...

Aku MeNuLiS