My NUFFNANG!!

About Me

Foto saya
"Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan, ada kalanya dia lebih mengerti."

20 Ogos 2015

Makan Western Lagi


Ni saya nak share sikit cerita malam tadi kami makan malam di Polperro Steak House. Lokasi Shah Alam, Seksyen 13. Kalau tanya cik google pun boleh tolong jawab.
*
*
*
Pada yang teringin makan makanan western yang sedap dan harga berpatutan boleh try....memang berbaloi. Parking pun banyak....servis pun ok.


Ok...wat rujukan semua...kedai tu warna putih, signboard dia warna kuning...kedai tepi....konsep kedai hitam putih....(itu ikut pemerhatian saya la ye...hihihi)



Antara menu yang ada....boleh la wat rujukan pada korang yang nak pergi nanti








 Malam tu, en suami order menu baru yang diperkenalkan oleh Kedai Polperro Steak House iaitu Chicken Chop Fried Rice


Saya pulak order Sizzling Steak Black Pepper. Waktu sampai makanan ini tak payah cakap la...berasap-asap...hihihi



 Apapun, next time nak datang lagi dan mencuba menu yang lain pulak.






#oppss...lupa nak bagitau, semalam tu total kami dalam RM33.40 termasuk air (gelas besar tu) Berpatutan sangat kan?





18 Ogos 2015

KALI PERTAMA

18 Ogos 2015....buat pertama kali saya mengikuti Kursus Asas Blog SECARA OFFICIAL walaupun sebelum ini memang telah memiliki blog dan belajar ber ' blog' ni pun tanya cik google.....hihihihi


PERASAAN???? jangan tanya lah....memang TERUJA....tak sabar nak explore apa lagi ilmu tentang blog yang saya tak faham...Nak ucap terima kasih pada pihak majikan kerana menganjurkan kursus ini....hopefully next time boleh sambung kursus macam ni lagi.


Oh yea....nama cikgu blog hari ini ialah En. Amir...dalam class cikgu memang super sporting....boleh mengajar kami yang agak 'senior' ni dengan sabar.


Okey lah....jom layan beberapa gambar yang sempat saya dan cikgu amik wat kenangan.


Cikgu Amir tengah teaching.....


hihihi.....selfie jap

Nota Kursus








Nampak tak muka happy je belajar blog...hihihi





haaaa....ini la cikgu Amir...sempat wefie lagi kami selepas kursus tamat.





* now...secara official saya telah memiliki Sijil Asas Merekabentuk Blog....hooorraaayyyy

Oppss....lupa nak maklumkan lokasi kami berkursus di Makmal Cyber, SUK Shah Alam.

~SEKIAN~


14 Mac 2015

Sukan PETANDA ~ Bowling


Tarikh: 14 Mac 2015
Lokasi: Banting Superbowl

Hari ni saya terlibat dalam game bowling bagi mewakili pejabat.  Kejohanan berlangsung di Banting. Pejabat kami menghantar 4 team...2 team perempuan, 2 team lelaki. 


Alhamdulillah, team perempuan mendapat Naib Johan....memang tak sangka, tengok game pasukan lain hebat-hebat belaka......perasaan sebelum result keluar tak payah cakaplah....memang sedih je...sebab kami rasa tak dapat buat yang terbaik.

Dalam perjalanan dari surau selepas menunaikan solat zohor, kami mendapat khabar berita gembira serta ucapan tahniah daripada rakan-rakan sekerja yang lain. 

Kemenangan ini adalah hadiah yang memang dinantikan oleh saya secara personal sebab sebagai pendatang baru dalam jabatan ini...ianya sangat bermakna. Tambahan pula, kemenangan bagi SUKAN PETANDA ACARA BOWLING ini memang yang pertama saya kecapi. 

Sebelum berpindah ke jabatan ini, saya memang aktif bergiat dalam sukan bowling tetapi kemenangan belum berpihak kepada kami....apapun, hasil kerjasama semua ahli pasukan sangat dihargai....yang penting sokongan yang diberi bila 'feeling down' masa perlawanan berlangsung.

Hopefully, kami akan beroleh kejayaan di masa akan datang.


Gambar kenangan ~ Sweet Memori  Sukan PETANDA 2015


Oppsss....terlupa pulak, team lelaki pun dapat tempat jugak, tapi tak ingat....sorry!!


19 Februari 2014

Lagu Dialah Wanita - Deen Asimi


Errrmmmm....suka sangat2 lagu ini....kenapa??? Jangan tanya...saya suka lagu ini tanpa sebab...maybe liriknya...maybe lagunya yang easy listening...entahlah...tapi buat pertama kali mendengar lagu ini dah buat hati ni keluar rama2 bernyanyi riang....so, layan aje la ye.

02 Februari 2014

Fraser HiLL We Come!!!

Sabtu - 1 Februari 2014

Percutian yang tidak dirancang bersama kenalan ALZA CLUB ke Bukit Fraser....sempena cuti Tahun Baru Cina.  3 buah kereta Alza berkonvoi bermula dari Kuala Selangor. Eh...kenapa 3 jew?? Jawapan paling cantek, ahli lain semua dah balik kampung....holiday. Perjalanan mengambil masa 2 jam. Seronok kerana sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan pemandangan kehijauan alam. 

Tepat jam 11.30 pagi kami sampai ke puncak Bukit Fraser. Sebelum memulakan sesi bersantai, kami sempat singgah menjenguk Pak Ngah...Alhamdulillah, Pak Ngah nampak sihat. Kami juga meminta agar Pak Ngah jadi 'tourist guide' kami sepanjang di Bukit Fraser ini.  Memandangkan perjalanan yang jauh...perut pun dah mula nak bernyanyi kami sepakat tuk makan dulu...Pak Ngah pun tolong kami cari pot tuk lunch. Makanan kami bawa secara potluck. Kami sediakan lauk-pauk, Tn. DL Syahrul Nizam and family bawa nasi dan King Asrol and family bawa air, buah2an. Best jugak bile sesekali berpicnik di tempat sejuk ni...


Perut pun dah kenyang, ape lagi....posing time ler. Cer tengok en. suami masing2 dok sibuk post ala model tak dibayar...kahkahkahkah...dengki la tu tengok isteri2 post cumil2 gitu. Tak caya boleh layan gambar kat bawah ni.







 


Posing pun sudah...kami bergerak ke The Paddock (ala....tempat kuda). Kat sini sesiapa nak naik boleh...tapi dikenakan sedikit caj. Malangnya....kami yang ada ni semua tak nak naik kuda...just tengok aje la.








After sesi tengok kuda, kami bergerak ke tasik pulak....ape ye namanya...lupa lak. Tak pe la layan gambar kawasan sekitar dan aktiviti kami kat sana ye. Hah...dah ingat nama tempat ni, Allan's Water.


Okey...ni la family tn. DL KS Crew
Kat tasik ni kita boleh beli makanan ikan berharga RM1 yang dijual tuk bagi ikan2 kat tasik ni makan....besar and gemuk2 ikan ni. 


~Kami~

Selain bagi ikan makan, kat tasik ni kami teruskan aktiviti mengayuh paddle boat. Lama betul tak naik paddle boat ni. Nerbes gak time nak naik mula2...hahahahaha




Family King Asrol
Secara jujurnya...aktiviti kami ini dipantau sepenuhnya oleh Tn. Syahrul sefamily dan Pak Ngah....hehehehehe Mekacih la ye.


Next station, kebun sayur + bunga. Kawasan ini seperti tapak yang ditinggalkan tetapi baru hendak dipulihkan semula.(faham x ape yang aku cuba sampaikan!!??) Haaaa....macam hidup segan gitu.







Dalam gitu2 tempatnya, kami sempat borong bunga tuk taman rumah kami...tak banyak yang dibeli...sepasang pokok pakis jew. Tn DL Syahrul pun ade membeli jugak...tapi tak tau ler berapa lama boleh tahan pokok tu...harap2 panjang umur la kan. Wokey...next station, kami ke main Bukit Fraser...ha...yang ada jam kat tengah2 jalan tu. Lepak2 kat situ sambil tengok bangunan lama disekitar kawasan. Jom layan gambar2 yang ade.











Sebelum balik, kami posing dulu kat tempat wajib bila sampai ke Fraser Hill ni....terima kasih nak ucap kat Pak Ngah kerana sudi menemani kami. In Shaa Allah panjang umur kita jumpa lagi.


Finally, bukti kami dah sampai ke Bukit Fraser
 Dari Fraser Hill, kami melalui jalan ke Bentong pulak....nama pun nak jalan2 kan. Kami pun tak pernah sampai ke Bentong...so terjah aje lah...ape ada hal. Sepanjang perjalanan tu Tn. DL Syahrul cadangkan kami singgah ke Hutan Lipur Chamang. Memang cantik tempat tu. Kami sampai dalam pukul 6 petang. Berhenti rehat dan makan dahulu...lapar menyerang selepas turun dari tempat sejuklah katakan.....Jom layan gambar yang sempat kami ambil.


Ada tapak perkhemahan ....best...best...best


Kat sini, ada disediakan jambatan gantung khas tuk ke seberang. Errmmm,jaga2 jangan teruja sampai abaikan amaran papan tanda ini dah la ye. Memandangkan aku ni agak gayat dengan ketinggian, memang tak sampai hujung la...baru suku jew dah patah balik...tak sanggup den!!!






Amacam...nampak takut tak!!???




Finally, perut pun dah kenyang, kami pun berangkat pulang ke destinasi masing2. In Shaa Allah, ada rezeki kita jalan lagi sama2 ye....dengan rakan2 Alza Club yang lain.

# Terima kasih pada yang sudi baca entry kali ini yang panjang berjela2.




HaPPy ToGeTHeR

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ANNIVERSARY PERKAHWINAN

~26 Mei 2007 ~

KiSAH KAMi

Tanggal 26 Mei merupakan tarikh paling istimewa, termeteri ikatan Qaseh 2 hamba Allah yang telah disatukan..Alhamdulillah. Seperti baru berlaku sebentar tadi, memori pada tanggal ini seperti tidak bisa luput dalam ingatan,dengan sekali lafaz, Allah telah mengizinkan agar segala yang dirancang dapat dilaksanakan. Dengan harapan setinggi bintang di langit, agar Qaseh ini terus segar dengan izin dari Nya,AMIN. Bermulalah episod Qaseh RAFIE-JUE.

SaYa FoLLoW BloG iNi...

  • New Start - Assalamualaikum Alhamdulillah... April telah muncul... Pejam celik pejam celik dah berlalu 3 bulan tahun 2019 ni... Sekejap jer masa berlalu kan... Apr...
    7 tahun yang lalu
  • SaLaM RaMaDHaN - *Salam............* *Alhamdulillah syukur.........bertemu lagi kite pada bulan ramadhan yg mulia ini...syukur sangat...Now dah ramadhan yg ke 19....ng...
    9 tahun yang lalu
  • update sikit..asal ada - Assalammualaikum.. Bukan main lama lg baru nak update blog..ntah nape dah malas nak hadap benda alah ni hhhhaaa.. Nak citer pasal raya pun takde mood....
    10 tahun yang lalu
  • Semoga Damai Di SANA.... Al Fatihah... - INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAJI'UN.... 14 haribulan april 2015, waktu seperti ini 14 hari yang lalu, ayahanda yang kami cintai telah kembali ke pangkuan...
    11 tahun yang lalu
  • Mi Udon Sizzling - Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, maaf ya ros ambil masa nak taip resepi mi udon sizzling ni, sebabnya byk hal yang perlu ros uruskan awal min...
    12 tahun yang lalu
  • - *Makkah, kami datang* Sekitar jam 11 malam kami tiba di Mekah. Menara jam besar telah kelihatan dari jarak beberapa kilometer lagi. Sayangnya tiada mutawi...
    12 tahun yang lalu
  • TEMPAHAN SET MAKAN PENGANTIN ~22 MAC 2014 - Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera Alhamdulillah syukor hari ini tanggungjawab seperti biasa menyiapkan tempahan makan pengantin dan ukiran buah. Lo...
    12 tahun yang lalu
  • Kisah Hani Kat Wad... - Assalamualaikum... Syukur alhamdulillah...hani dah discharge...yeayy....!!! Seronok betul hani bile doktor kata dah boleh balik....mane taknye 4 ari berkam...
    12 tahun yang lalu
  • Sinopsis - Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-...
    16 tahun yang lalu

Aku MeNuLiS