My NUFFNANG!!

About Me

Foto saya
"Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan, ada kalanya dia lebih mengerti."

04 April 2013

OH MY....KITCHEN CABINET


ASSALAMMUALAIKUM SEMUA......

N3 Hari ini saya nak share pasal KABINET DAPUR. Kalau tengok kebelakangan ini ramai yang dah menitik beratkan pasal kekemasan di dapur. Bahan rujukan seperti di majalah juga dah banyak. Saya n en. suami juga tak terlepas la dari mencari bahan2 rujukan. Kami jadikan Majalah Dapur Impiana ini sebagai Master Reference....banyak tip2 dan gambar sebagai rujukan. Senang citer, majalah ini memang best la....







Antara tips yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan dapur ialah:

1) Keperluan;

Adakah kita memerlukan dapur basah dan dapur kering? Atau, memadai dengan satu dapur sahaja...SEBABNYA kita perlu tahu kerana ianya berkaitan dengan KOS.


Gambar contoh ini ada 2 jenis dapur: Basah & Kering.

2) Kekerapan;

Pemilihan Dapur juga berkaitan dengan kekerapan kita memasak? Adakah kita ni jenis yang rajin makan kedai atau Rajin Memasak (Setiap Hari)...SEBABNYA kita perlu tahu kerana ianya berkaitan dengan JENIS MATERIAL KABINET (tahan lasak/ tidak).

3) Keluasan Dapur;

Tak perlu berangan nak dapur sebijik yang macam dalam gambar kalau ianya tidak bersesuaian dengan keluasan dapur serta kegunaannya. Kadang-kala kita boleh tertipu dengan gambar...ia...tengok memang cantik tetapi tidak praktikal dengan keadaan rumah kita. Contoh; dalam gambar ada 'Counter Bar' tetapi ianya tidak praktikal nak digunakan pada rumah yang memiliki keluasan dapur yang minima.

4) Kos (Budget);

Alangkah indahnya jika kita dapat apa yang kita ingin miliki....tapi apakan daya...kos membataskan segala2nyer....dan kadang-kala kita kena ingat satu perkara; 'barang yang baik tak semestinya mahal, dan barang yang murah tak semestinya tak berkualiti'. Atas dasar itu kita berhak menentukan berapa budget yang nak diperuntukkan untuk dapur kita. Bukan apa...dalam banyak2 sudut dalam rumah, rasanya Dapur juga tak kurang hebat peranannya. Selain dari ruang tamu, tetamu yang datang juga gemar nak melihat dapur..betul tak? (bukan nak menunjuk2 ye....) Apa pun alasannya, pada saya dapur sangat memainkan peranan penting dalam menentukan 'keseronokan' kita mengendalikan dapur. 

# ape2 pun, tepuk dada tanya selera....ade duit...jalan...semua boleh jadi.


************
Jom intai2 kat kabinet kat rumah saya n en. suami....maaf le, ini jer budget yang ado....tetapi kami ade 2 pengalaman, kabinet bawah dengan orang lain...yang atas dengan orang lain....so saddd....huhuhu.....tapi bile kami bikin atas top kabinet ni, memang tip top nyer...yang bottom tu sebab first time wat, tersalah pilih....x per...next time, ade rezeki lebih nak tukar la...boleh ker!!??? (pening2....pening2...)










~SELAMAT MENJAMU MATA~

Tiada ulasan:

HaPPy ToGeTHeR

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ANNIVERSARY PERKAHWINAN

~26 Mei 2007 ~

KiSAH KAMi

Tanggal 26 Mei merupakan tarikh paling istimewa, termeteri ikatan Qaseh 2 hamba Allah yang telah disatukan..Alhamdulillah. Seperti baru berlaku sebentar tadi, memori pada tanggal ini seperti tidak bisa luput dalam ingatan,dengan sekali lafaz, Allah telah mengizinkan agar segala yang dirancang dapat dilaksanakan. Dengan harapan setinggi bintang di langit, agar Qaseh ini terus segar dengan izin dari Nya,AMIN. Bermulalah episod Qaseh RAFIE-JUE.

SaYa FoLLoW BloG iNi...

Aku MeNuLiS