My NUFFNANG!!

About Me

Foto saya
"Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan, ada kalanya dia lebih mengerti."

01 November 2010

VisiT SaRaWaK ~ DaY 2

Hari Kedua kami di Sarawak ~ Pagi tu kami di bawa bersarapan di Was Catering.  Ha...makan Laksa Sarawak....sedap sangat2, dan ini lah kali pertama aku merasainya...memang sedap hingga tak terkata.  Tak percaya...????

Laksa Sarawak Special


Dari kiri: En. suami, kak wa (tudung hitam), mizz emy n saya ler....

Perut pun dah kenyang, kami pun teruskan misi seperti di dalam tentatif, kami ke Kg. Budaya Sarawak.  Fee per person RM60.00.  Juru pandu serta pemandu pelancong kami ialah Kak Wa (terima kasih ler bebanyak). Dalam perjalanan nak ke Kg. Budaya Sarawak tu, kami dihidangkan dengan pemandangan Gunung Santubong yang sangat mengangumkan.  Cuaca pada pagi tu, hujan renyai but kira ok lah...perjalanan aku agak lebih kurang 45 min dari Kuching.  Jom layan dulu gambar2 yang ku rakam dari lensa 'cute' ku ini.  Nanti, sambil layan gambar aku citer ler story mory ni ckit2....hehehehehe


Gunung Santubong ~ Cantik kan pemandangan pagi gunung nie?
Welcome To Kampung Budaya Sarawak














Ya Allah...seram betul time nak meniti 'titi' nie...menggigil lutut di watnyer....kepada mereka yang x gayat tue kira ok ler...tapi aku????!!


Wah seronok tul en. suami  & emy nie yerk....tak caya??? aku kat belakang tue punyer ler tekun memandang'titi' ~ takut punyer pasal.


alamak!!!! berderet2 rupanyer kat belakang aku.....maaf ler, orang gayat ni memang tak boleh nk jalan laju2.





Nie ler alat tuk mengasingkan padi tuk menjadi beras.



Aku n Cik Emy dengan aksinyer...amacam?? boleh tak tolong makcik kat blakang tue?






Uncle ni sedang mengukir tabung buloh serta membuat sumpit...sesiapa yang berminat boleh terus membeli darinya.





En. Suami yang sedang tersenyum sambil ingin cuba belajar cara2 menyumpit.



Ha...tempat yang berasap2 nie, hanya di duduki oleh para pahlawan.  Tempat ni juga ada tengkorak 'real' yang diletak di atas bumbung dan di bawahnyer di buat mcm bara api~ tuk di asap serta di keringkan tengkorak tersebut.  (agak seram gak berada kat situ, so info ni dpt pun dari kakitangan yang bertugas kat situ.  Tak boleh nk lama2...takut seh)

Ha...ni ler tempat bara tue..


Gambar di atas ni, tu ler dia tengkorak sebenar nyer.....di asap setiap hari.


Ok ler, tadi tu semua cerita kat Rumah Bidayuh.....gambar di bawah pulak adalah rupa bentuk rumah Orang Bidayuh.



Ok, sekarang kita nak menjelajah ke rumah Orang Iban....Welcome.

Kena merasa naik tangga Rumah Orang Iban yang unik nie.....Rugi sesiapa yang tak cuba.


Antara perkakas yang terdapat di dalam Rumah Orang Iban. 



Buaian ~ just try....hehehehe tapi dalam rumah ni tau....bukan bawah pokok.


Setiap rumah akan memperkenalkan 1@ 2 jenis kuih tradisional ~ di Rumah Orang Iban, Kuih Ros.  Kami sempat jugak ler membeli, tuk merasa kuih ros orang sarawak nie.


En. Suami sedang menunjukkan bakat seninyer....hehehehehe


Aksesori pada pakaian orang2 sarawak.

Cik Emy yang sedang mencuba pakaian tradisional orang sarawak...orang Iban.


Saya ~ menggayakan pakaian orang Bidayuh....agaknyer ler...nanti aku search ok!!!








Aku n En. suami....suka sangat dengan gambar nie.

Miss Bidayuh n Miss Iban Forever

Kedua2 Miss dengan Otai...Kak Wa

Selamat Datang Ke Sarawak







Terima Kasih to en. Suami yang memberi keizinan serta menyapot aku tuk dressing cenggitu...luv U:)

Selamat Datang ke Rumah Orang Penan.


En. Suami dengan Abg Penan.
Aku pun nak gak cuba nak menyumpit....bukan senang rupanya....aduh!!!!

Siap diperturunkan ilmu lagi ~ cara2 menyumpit.
Bermula lah kisah story mory Cik Emy vs Abg Penan...tak caya?? kita tengok aksi mereka....hahahahaha

Tengoklah caya Abg Penan tu senyum kat Cik Emy...hehehehehe

Wah...mesra gitu......siap tak bagi balik lagi.....tak rela you!!!!


Okey ler, kita ke Rumah Orang Ulu...rumahnya tinggi2...tersangat ler tinggi...nak naik tangga dia hajab......gayat beb!!

Ha...ni baru tangga permulaan....belum sampai atas lagi.

Ha...nampak tak kami yang kat atas tue.....macam semut jer, tinggikan?



aku n en. suami berlatarbelakangkan lukisan dinding Rumah Orang Ulu.

Cuba tengok??.....tak ler, maksud aku cuba korang tengok tiang rumah orang ulu ni??



Jump.....bukan dari atas rumah tau....sekadar aksi jer....




kami ~ tengah mencuba alat muzik tradisional orang Sarawak.

Ha...ni ler dia rupa Rumah Orang Melanau.... agak tinggi jugak...dan kebanyakannya tinggal di pesisir laut@pantai.


Rumah favourite kak Wa (maklumlah dia ni Orang Melanau)

Selamat Datang Ke Rumah Melanau


Ni keadaan di dalam rumah orang melanau.





Penjelajahan kami berhenti seketika coz kami bergegas nak ke Panggung pulak, ada show....rugi pada sesiapa yang datang tetapi tak melihat show nie....best sangat....kita nak mengenal bentuk kediaman, jenis peralatan dan kini tiba masa tuk kita tengok dari sudut kebudayaan pulak. 


ha...cuba korang perhati betul2, ni ler pakaian yang aku n cik emy pakai tadi....hehehehehe berbangga betul aku...cayalah!!!!


Suspen gak tengok mamat ni punya aksi ~ tak caya, nanti korang tengok ler sendiri...seram ada, seronok pun ada.....



Selapas selesai menonton show kebudayaan, kami pun sambung aktiviti penjelajahan ke Rumah Orang Cina di Sarawak.  Agak besar ~ luas.  Di sana kami diperkenalkan dengan jenis lada putih dan lada hitam~ rupa2nya, kedua2 jenis lada tu berasal dari 1 pokok yang sama.
Selain itu, staff kat situ ada gak menerangkan tentang sarang burung yang popular bagi kaum cina tue.....




Okey, kita jalan ke Rumah Melayu Sarawak....cantik, penuh dengan seni ukiran.  Jom layan dulu ape yang ade kat dalam Rumah Orang Melayu Sarawak ni.





Cantik pemandangan ni.....di hadapan Rumah Orang Melayu Sarawak.


Buai laju2......kami nak kawin dengan anak raja.....oppss..bukan kami ye tapi mereka (aku dah kawin da.....)


Jom kita main congkak

Pelamin nan indah....cewahhh..cam pengantin plak ye....hehehehe

Katil pengantin



Aksi en. suami yang keletihan.....ni waktu di rumah orang melayu.
Kita ke satu sudut khas seni batik sarawak.  kat sini Kak Wa telah mencuba membuat tatoo (walaupun bukan tatoo real tapi orang yang mengukirnya seorang artis veteran terkenal di Sarawak) Upahnya tak mahal pun dalam RM10.00 jer.





Wah....ni ler hasilnyer....Kak Wa dengan aksinyer....amacam, ada nampak macam Kak Long tak??

Okey ler, kita tamatkan dulu story mory setengah hari ke 2 saya di Sarawak ni ye....to be continue next part ok!!!!

 

Tiada ulasan:

HaPPy ToGeTHeR

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

ANNIVERSARY PERKAHWINAN

~26 Mei 2007 ~

KiSAH KAMi

Tanggal 26 Mei merupakan tarikh paling istimewa, termeteri ikatan Qaseh 2 hamba Allah yang telah disatukan..Alhamdulillah. Seperti baru berlaku sebentar tadi, memori pada tanggal ini seperti tidak bisa luput dalam ingatan,dengan sekali lafaz, Allah telah mengizinkan agar segala yang dirancang dapat dilaksanakan. Dengan harapan setinggi bintang di langit, agar Qaseh ini terus segar dengan izin dari Nya,AMIN. Bermulalah episod Qaseh RAFIE-JUE.

SaYa FoLLoW BloG iNi...

Aku MeNuLiS