Alahai...cian kat cik blog yang telah lama ditinggalkan....padahal banyak benda nak di share kat sini....pelan2 la yek....chayokkk2.
****************************************************************************
Wokey lah entry kali ni nak share sikit citer pasal Percutian Ke Perlis. Nak kata kali pertama tak jugak...cuma sebelum2 ni kami stay kat umah sedara mara kat Sg. Petani...di Perlis lum pernah stay lagi...just jalan2 jer.
Plan bercuti ke Perlis Mastermind nyer En. Suami....lagipun ni jer masa yang free nak gi bercuti...pastu En. Suami dah kena jaga budak2 SPM periksa. Oh ye...kami ke Perlis pada 25 hingga 27 Oktober 2013 (Jumaat hingga Ahad).
Kami bertolak ke Perlis tengah malam...banyak kali gak berhenti rehat...nak hilangkan lelah gitu....tapi tu En. Suami ler...Pn. Isteri ni tau tidur je lah....hehehehe (penat sebab malam tu ada game bowling).
Kami sampai lebih kurang pukul 9.30 pagi. Kemudian kami terus berjumpa Ass. State Leader Perlis...merangkap geng ALZA yang banyak membantu kami sepanjang di sini.
Ha...ni la dia orangnyer...nama glamor dia "Pokcik Met".
Kami stay kat Kg. Paya Guring, Arau Perlis. Penginapan ini di cari oleh Pokcik Met. Biasa la orang tempatan lebih mengetahui. Homestay ini semalam kami menginap rate dia RM90.00 Sahaja....murahkan?????
Tengoklah betapa cantiknya homestay kami....En. Suami tu teruja benor....hahahahaha
Sementara menunggu untuk check-in, kami ke kedai tayar sebab nak kuarkan skru yang dok dalam tayar kena kat highway...
Walaubagaimanapun...Shukur Alhamdulillah kami selamat sampai.
Ha.....ni ler dia skru yang dok tepek kat tayar...mujur tak berlaku apa2 .
Tayar kete pun dah settle, kami terus check-in bilik....
Shukur Alhamdulillah....bilik pun selesa....lokasi pun stategik...tempat cantik...murah pun yer...hahahahaha yang penting nak tidur selesa...maklum lah jalan jauh...badan sure sakit2....opcoz nak rehat.
Selepas berehat sebentar, kami terus ke Bukit Kayu Hitam...nak pegi Duty Free...tak pernah jejak pun kat sini. Alang2 dah nak hampir ke sempadan kami pun terfikir nak ke seberang...sambil2 tu saya pun try tanye 'Cik Google' cara2 nak ke seberang, ape dokumen yang diperlukan. Saya rujuk blog ini. Kalau ade sesiapa yang nak try kerja giler kami boleh la buat....senang jer prosedurnya. Percutian yang tak dirancang....hahahaha.
" Kena ingat nak pi Siam kereta kena parking di Free Zone Kayu Itam, 2 jam pertama parking RM1, pas tu nak naik 'motor teksi' kena bayar RM10.00 untuk ke Sempadan @ jalan kaki jer....(kami berjalan kaki jer). Sampai ke sempadan cop di emigration Thai tapi kena selit RM1 (upah cop-ini memang dah adat masuk Siam kot,semua org buat cam tu) Begitu juga time nak balik....bila dah habis shopping masuk RM1 dlm pasport dan cop di Emigration Siam..pi ambil kereta di Free Zone n Q utk masuk malaysia pula yg ni kita kena bayar duit tol Malaysia RM4.50... Murahkan!??? "
Gambar kat bawah tu la tempat cop passport Thailand
Kat sini kena isi kad putih....boleh amik kat office dia...free...yang kat luar tu kena bayar.
Tadaaa.....kami dah masuk Thailand...kejap je kan...dan sangat mudah. Tetapi bab keselamatan tu kena hati2 aje la ye...malang tak berbau. Sepanjang berjalan di kedai2 kat sana...rambang gak la mata ni...so far...tak payah tukar duit pun blh bayar guna duit Malaysia.
Jom cuci mata...tengok ape barang yang ada jual kat sana.
Kat sana sempat la saya membeli pulut durian....nak merasa la jugak. Jangan risau ye...In Shaa Allah halal...sebab kebanyakan peniaga kat sini muslim.
*
*
*
*
On day way balik kami sempat la singgah ke Padang Besar, alang2 menyeluk perkasam ye tak...!? Sepanjang kat Padang Besar...(kami sampai dah petang), masih ramai lagi yang bershopping....aku!!?? Sempat la rembat keronsang....kat sini memang cantik2 batu keronsang dia...beza dengan yang jual kat bandar.
Lepas puas jalan2 kat Padang Besar, kami pun bergerak pulang ke homestay...tapi sebelum tu baik penuhkan perut dulu sebelum merehatkan badan. Kami singgah makan kat kedai yang dicadangkan oleh Pokcik Met pagi tadi. Kedai bawah pokok....ada jual macam2 makanan...yang popular Roti Arab dia...goreng2 pun sedap...kedai dia sebelah dengan stesen minyak Shell.
Dah kenyang ape lagi tido la...merehatkan badan coz esok nak jalan2 ke Wang Kelian.
JALAN-JALAN KE WANG KELIAN
Pagi2....kami pegi sarapan siap2, sambil menunggu "Pokcik Met & Family" untuk konvoi bersama2 ke Wang Kelian. Sepanjang perjalanan memang cantik la pemandangan...dapat melihat sawah padi, bukit bukau...laluan empangan timah tasoh...just lalu aje lah...maybe next trip kot....akhirnya kami sampai ke Wang Kelian...pengunjung pun dah mula ramai...bas2 rombongan boleh tahan.
Nasib baik kami pergi dengan orang local, memang tau selok belok, so kami sampai border Malaysia...terus masuk bawak kereta...hingga dalam border emigration Thai...secara free...tanpa isi apa2 kad putih atau cop pasport...lepas pejabat emigration Thailand kami terus cari parking. Mengikut kata Pokcik Met, lagi senang bawak kereta terus masuk sebab lebih dekat dan tak perlu berjalan jauh....bijak2.
Balik dari Wang Kelian, kami pun nak berangkat pulang ke Selangor....TETAPI perut kena lah diisi....memandangkan kami pun tak berapa nak tau kawasan kat sini, Pokcik Met mencadangkan agar kami makan kat satu kedai yang memang terkenal dengan kesedapan supnya iaitu Sup Ayam Pansuh. Mengikut kata Pokcik Met, ayam tu dimasak dalam buloh....untuk nasi ayam yang specialnya ayam tu dibakar secara original. Memang terbaiklah!!!
Perut pun dah kenyang kami pun berangkat balik....tapi kami singgah di Alor Setar...kami teringin nak makan Laksa Ikan Sekoq....free top up sape2 pengunjung yang tambah....tak percayakan? Tapi itulah yang bagusnya....kedai ni lokasinya betul2 depan perumahan. Cendol tu pun sedapnya...sangat2!!!!
OK....tu cerita kami bercuti 3 hari ke utara tuk tahun ni...2013